04 Jun 2022 : Pembinaan Menara 45 meter, Kampung Solok Uban, Alor Gajah  

Kerja-kerja pembinaan menara telekomunikasi setinggi 45m sedang giat dilakukan oleh MICTH. Pembinaan struktur baharu ini adalah salah satu insitiatif MCMC dibawah Program Perkhidmatan Sejagat (USP) bagi memastikan penyediaan capaian telefon asas dan perkhidmatan internet secara kolektif di sekitar kawasan tersebut.

Pembinaan ini dijangka siap pada akhir bulan Ogos dan Maxis sebagai syarikat penyedia perkhidmatan utama yang menggunakan struktur tersebut.

Terima kasih kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan semua agensi teknikal yang memberi kelulusan permit pembinaan bagi memastikan liputan telekomunikasi di kawasan daerah Alor Gajah lebih bermutu.