10 Ogos 2022 : Liputan Rangkaian Selular 5G di Negeri Melaka oleh MICTH  

Liputan rangkaian selular 5G telah tiba di Negeri Melaka. MICTH telah menyiapkan kerja-kerja CME untuk kegunaan peralatan telekomunikasi 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Fasa pertama bagi tahun 2022 akan memberi keutamaan kepada kawasan pelancongan, pusat pentadbiran/perindustrian serta sesetengah kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi.
Antara lokasi terlibat adalah sekitar Jalan Bertam Perdana, Surau Taman Kota Laksamana, Jalan Bukit Baru, Taman Mawar Klebang, Kawasan Perindustrian Krubong, Cheng Ria dan Jalan Cheng. Dengan kerjasama DNB, MICTH mensasarkan 30 struktur sediada MICTH akan dilengkapi dengan peralatan telekomunikasi 5G menjelang Oktober 2022.