Malaysia telah memperkenalkan kepentingan bioteknologi bagi sumber pertumbuhan terutamanya kewujudan sumber biologi ynag semakin banyak di negara ini.Sesungguhnya, bioteknolgi berkebolehan mencipta sumber-sumber baru yang kaya serta dapat menambah sumber pendapatan. Negara kita Malaysia tidak hanya menyambut baik pelaburan dari pelabur tempatan malah pelabur dari luar negara juga di sambut baik untuk melabur di dalam sector ini.Walaubagaimanapun , Malaysia sedar yang produk-produk bioteknoligikal tidak seharusnya memberi sebarang ancaman kepada alam sekitar,atau kesihatan dan keselamatan manusia.
Malaysia melangkah maju di dalam mencapai satu status negara perindustrian sepenuhnya sehingga tahun 2020.Kerajaan dengan yakin mengisytiharkan bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju seperti yang di sematkan rancangan Wawasan 2020.Peluang-peluang baru yang berkembang dapat mempertingkatkan ekonomi, antaranya sektor pertanian yang di bangunkan dalam teknologi baru seperti bioteknologi dan nanoteknologi.Pada masa yang sama,Malaysia masih lagi dengan agenda ICT untuk di majukan
YAB DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI |