18 Januari 2024: Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH) hadir di SMK Ayer Keroh pagi ini (18 Januari 2024) bagi menyalurkan bantuan zakat kepada pelajar yang berstatus asnaf. YBhg. Datuk Haji Mohd Arif Bin Haji Yusa selaku Lembaga Pengarah MICTH mewakili syarikat menyerahkan sumbangan tersebut. Bantuan zakat ini akan membantu serba sedikit pelajar-pelajar tersebut untuk membiayai keperluan mereka dalam pelajaran.